psstttt.. info kat bawah ni aku dapat dari my email.
and of coz aku nak share kat sini.
At least kita semua take note!
Bayangkan tak cukup tidur??
errr.. aku ??? tak cukup tidur??
NO way!!! :)
[BH] LONDON:
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting
untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup
semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima
orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan
berpanjangan.
Pengarah Pusat
Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula
jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada
sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun,
ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati
pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan
tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian
Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan
terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit
jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur
lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi,
bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan
nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia
lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat
tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian
ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka
yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu
berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah
tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan
lain.
Kurang tidur
menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata
pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga
menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke
atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity,
membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman
kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang
kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. - Agensi

No comments:
Post a Comment