Followers

Sunday, December 30, 2012

End of December 2012

Harini date ape yea?
31haribulan kan?
bulan apa?
December kan?
Tahun apa?
2012 kan?
 
hohoooooooooooo
Maknanya harini last day of December 2012 lah.
Esok dah start 1haribulan January 2013.
so
HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!
 
 
Mulai esok, aku ada azam baru
aku ada important Exam tahun 2012
Aku kena focus, study hard, buat revision semua
dan yang paling penting aku nak new handphone.. aikk,, h/p baru pulak?
boleh kira dalam kategori azam ke?
well, i dont care!
Semoga aku & kau mencapai azam baru kita.
InsyaAllah :)

Wednesday, December 26, 2012

Apa RISIKO Tidak Cukup TIDUR?

psstttt.. info kat bawah ni aku dapat dari my email.
and of coz aku nak share kat sini.
At least kita semua take note!
Bayangkan tak cukup tidur??
errr.. aku ??? tak cukup tidur??
NO way!!! :)
[BH] LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. - Agensi

Langkawi 1

Salam ceria. Apa khabar semua rakan bloggers? Sihat? Well, kepada sesiapa yang tak sihat tu, cepat-cepat jumpa doktor dan makan ubat. Sebabnya cuti sekolah bakal habis. Time cuti-cuti macam ni, kita perlu sihat :)
Okay. intro aku yang agak berterabur.
Tapi aku taknak stress kan korang dengan intro aku yang entah apa-apa aja.
let's story about my trip ke Langkawi
3 hari 2 malam yang awesome!
 
Aku ler tu :)
 
Aku dengan kak Shida yang kepalanya gila-gila
kami senyum je memanjang sebab dapat jalan-jalan
 
kat tasik tu ikan banyak okay
kalau nak tangkap buat lauk pun okay - silakan
 
Aku lagi
kalini gaya nak terbang gitu :)
 
Aku & adik aku
time ni waktu pagi
cuaca pulak cerah je, takda hujan
so best jugak jalan-jalan time ni.
We all sampai kat jeti Langkawi awal pagi
yes, naik bot. My mom tak ikut. Kalau my mom ikut, for sure kita ambik flight punya.
Well, tak kisahlah naik bot or flight, as long aku sampai di Langkawi dengan selamatnya.
Dalam bot waktu pagi adalah okay. Aku memang prefer naik bot diwaktu pagi.
Takde rasa nak muntah or pening-pening.
Aku ni maintain je. Tak tahulah kalau orang lain ada yang rasa nak muntah or whatever.
Sampai je kat Jeti tu dah ada orang tunggu we all.
Terus pi check-in hotel.
 
-------------------------------> sambungan Langkawi part 2

Wednesday, December 19, 2012

Oh Yeah! Kakak Peliks dah Kawin :-)

Assalamualaikum!
Berita TERGEMPAR
TERGEMPAR...
TERGEMPARRRRrrrrrr...
.
.
.
.
.
 
Korang tahu tak kakak peliks a.k.a akak Maghia (Maria Elena) dah pun selamat berkahwin.
Wahhh!! Tahniah kakak Peliks :)
Aku merupakan salah seorang silent reader kak Maria.
Aku memang salute kat kak Maria.
Kalau korang nak tau perangai gila-gila dia, silalah ke blog kak maria.
Kalau nak tengok picture dorang yang absolutely fabolus tu, silalah ke thecstbreed (CST Breed).
Gambar yang dorang snap memang cantik-cantik belaka.
 
Dan
picture kat bawah ni, aku cilok dari blog kak Maria peliks.
Harap Kak maria jangan marah okay, senyum-senyum sokmo.
Untuk Kak Maria & Husband - Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit semua
Happy selalu.
Amin!
 

 

Sunday, December 16, 2012

Sunday 16/12/2012

Salam hujung minggu.
Kembali lagi aku disini. Menaip dan menaip sambil bertemankan si spongebob kat channel 612 (in case kalau ada yang nak menonton). hehe
Dear Diary, this week aku berjalan-jalan dari hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
Berjalan-jalan sambil membeli belah apa-apa yang patut.
Kita berehat sekejap citer pasal Singapore okay. Aku nak kena fikir apa lagi yang nak ditaip untuk dijadikan kenangan.
Okay, aku kalau berjalan haruslah ada sesi shopping & sesi makan-makan okay.
Jom layan picture kat bawah ni
<---->
Kami di Jusco, Bandar Perda
Sesi makan-makan di Black Canyon
We all order Set E
Makanlah beramai-ramai.
Lepas makan, pergi beli kasut sekolah untuk adik aku kat kedai encik BATA.
2 pasang cukup. Aku pun ada try jugak tapi takda size so I sedih you.
Takpe kita cari kat Sunway pulak.
Jom..
Encik Ted yang sungguh comel
Dahlah gemok
We love u, Encik Ted!
Kebetulan I and my mom pakai baju hitam & jeans biru
Aku memang suka dengan colour hitam ni - boleh nampak kurus kan
Ahaa, yang penting BOLEH NAMPAK KURUS :)
Lepak kat Queensbay (QB).
Menjamu selera di Secret Recipe - sedapp!
Shopping kat Forever 21 & MANGO
Kat Gurney Plaza
sesi makan-makan lagi.
and makan-makan kat Seoul Garden again.
Kali ni, makan beramai-ramai
makan sampai lebam/pengsan
Disarankan kalau nak pi makan kat Seol Garden, perlulah skip breakfast
so bolehlah belasah makan BRUNCH kat sana. Belasah semua apa yang ada.
Dari ayam, daging, sayur, ikan, siput, sotong, udang semua pun ada!
Aku lagi..
Saja nak tayang b'day prsent.. huhu
Jam : FCUK
Handbag : Coach poppy
Gadget : Ipod shuffle
Cardigan : no brand
Tshirt : F.O.S
Alrite, gambar terakhir dari tuan tanah
yesterday kat GSC, Sunway Carnival
As usual me & my mom pi tonton The Hobbit
Memang superbbb! Para peminat citer Lord of the Ring, korang mesti tertunggu-tunggu citer ni okay.
Macam aku.. aku memang tertunggu tunggu ternanti nanti..
sekarang dah pasti :)
ticket online booking pukul 3.05pm
gambar habis around 6.00pm macam tu kot
Memang bestlah gambar ni
aku tengok sampai tak sedar sedar gambar pun habis..
Can't wait for part 2.
Aku rasa mesti ada part 2 sebab akhir-akhir tu nampak si dragon..
then habis....
Ishk geram aku..
apa pun sempat lagi kami shopping di butik MESSAGE :)
 
Baju : Forever 21
Jeans : Mango
Bag : Reebok
Jam : FCUK
Kasut : no brand
 
Till then, peace yo!

Thursday, December 13, 2012

Oh! Dah 13/12/2012

Pong pang pong pang
harini dah 13/12/2012
Cepatnyaa masa
dah nak bukak sekolah dah :)
ermm, habislah segala lemak yang dok melepak kat dalam badan
nak kena bawak bag berat, dengan extra class semua.
Well, baju sekolah belum beli lagi nih
waiting for my mom..
Esok aku nak pi sekolah, beli buku & pape yang patut.
Kalau pi lambat nanti buku semua dah habis
nak kena tunggu stock sampai.
 
esok, lepas selesai urusan sekolah semua
kalau singgah starbuck, kira orait gak kan
dah lama tak pekena Frappucino mocha ni..
(ewah.. dah lama konon... hahaha)
 
Picture from encik google
aku .... tengah terbayang frappucino mocha.....
:-)

Tuesday, December 11, 2012

S.I.N.G.A.P.O.R.E - 3

Assalamualaikum
Kembali lagi bersama DJ Ezreen :)
hahhaa..
tak habis-habis lagi cerita aku pasal Singapore
walaupun.... walaupun sebenarnya cerita dah basi sebabnya aku pergi last year 2011
takpe..takpe.. aku just nak simpan kenangan ni dalam blog aku.
 
Time ni kami semua bangun awal , rasanya around 6.30am kot
bangun awal bersiap sebab nak masuk USS kan
perasaan gembira tak terhingga sampai nak bfast pun macam dah tak lalu dah
TAPI.. makan tetap makan okay
Lepas tu around 8.30am macam tu van kami dah pun menunggu
so bergeraklah kami semua naik van.
sampai kat USS nak dekat pukul 10.00am
Kami takdelah rushing mana pun sebab my mom dah beli online tickets for us
so we all jalan-jalan macam biasa
 
bila nampak any cartoon character cepat-cepat gi beratur nak ambik gambar
overall kat USS ni okay sebab semua orang follow beratur je
takde yang takmo dengar cakap main terjah-terjah je cartoon character tu
so semua orang pun berpeluang ambik gambar
it just kenalah beratur kan.
 
Jom layan gambar kat bawah ni dulu...
Aku & si kucing comel a.k.a puss in boots
yang comelnya dia ajak aku menari
so gambar kat atas tu kami dok menari lah kononya..haha
masa ni cuaca sanga panas
nak bukak mata pun susah
tapi aku tetap maintain senyum
sebabnya nak ambik photo kan? haruslah senyum senyum
Kami dengan chocolate..
cute kan?
Borong chocolate lagi!!


Sunday, December 9, 2012

S.I.N.G.A.P.O.R.E - 2

Lepas letak luggage, maka persiapan untuk berjalan-jalan pun bermula.
Kami start our journey dengan bejalan-jalan di Arab street, Orchard Road, Victoria St 
then stop kat Bussorah St untuk menjamu selera.
Jam kat tangan aku time tu adalah lebih kurang pukul 1.30pm kot kalau tak salah ler.
 
Bussorah St - tempat aku & family makan-makan
We all makan di Kampong Glam, Cafe (Glamour okay! :))
time ni ramai gila orang nak makan
maklumlah lunch time
orang office ramailah
termasuk pelawat-pelawat macam aku lagi
maka untunglah CAFE GLAM ni.. hehehe
Makanan cafe ni memang banyak
lepas pilih-pilih lauk apa yang nak dimakan pastu bayar terus, senang!
Yes, we all sedang menjamu selera
we all makan nasi sebab nak tambahkan tenaga untuk sambung jalan-jalan kan :)
muka pun tersenyum je sebab dapat makan kan
time ni.. panas giler kat S'pore
Dahlah macam tak cukup tempat/meja
kena cari kerusi extra lagi .. haha
(kat belakang tu Masjid Sultan kat Kg Glam)
yeaaahhh, peace Yo!
Ni lepas makan
so bertenaga balik
boleh ronda-ronda lagi
ni time b'fast kat hotel (on next day)
excited nak pi USS..
 
Overall, Singapore memang best. Kalau boleh aku nak pi lagi sebab ada banyak tempat yang belum aku singgah. Contoh macam Zoo Singapore, Jurong Bord Park (yang terbesar di Asia Pacific). Why Zoo S'pore? entah aku pun taktau. hahaha. Jalan-jalan kat Orchard Road memang best, kalau u all tengok kat laluan pejalan kaki tu kan sentiasa bz ja dengan orang dok lalu lalang. Dan shopping complex pun banyak gak. Yang sempat aku discover adalah ION Orchard, Paragon, Wisma Aria. Lagi satu, aku rasa shopping center kat sini pembinaan bangunan dorang tu sangat unik, okay! Banyak koleksi pakaian yang terikini & of coz branded punya. Walau apa pun, sebab jugaklah aku membeli souvenir - keychain, tshirt buat kenangan.
 
next entry - Universal Studio, Singapore (USS)
 

Thursday, December 6, 2012

Oh S.I.N.G.A.P.O.R.E - 1

Hai. tak pi bercuti ke? Alaahh, cuti-cuti Malaysia pun okay gak asalkan namanya bercuti kan?
Aku kalau bab-bab bercuti ni memang tersangatlah ENJOY.. cakap pasal cuti or holiday nih..
 Tetiba harini teringat kenangan aku & family pi Singapore. Yer, kota Singapura itu lah.. yang ada Singa yang keluarkan air dari mulut dia tu.. :)
 
Masa aku pi Singapore adalah last year - November 2011.
Memang terbaiklah hadiah from my mom.
Trip to Singapore.
This year, we all cuti-cuti Malaysia je
SEBAB
next year InsyaAllah kami nak ke HONG KONG.. huhuhu..
Tak sabarnya aku nak melawat Hong Kong nih..
mudah-mudahan dimakbulkan tuhan. Amin!
Okay, marilah kita mulakan cerita S'pore ni dengan menempek mukaku ini..
.
.
.
....
 
Aku kat Hotel - menunggu time untuk check-in
Muka excited tue.. haha tapi sekali pandang muka cam mengantuk pun ada
yerlahkan, bangun awal okay.
dah nak ambik flight awal haruslah bangun awal kan..
Time ni pagi okay.
Check in, letak luggage semua apa yang patut then baru start journey lah.
Kami tak ambik b'fast pun sebab my mom
dah siapkan package penerbangan dengan makanan sekali.
Belasah makan nasi lemak AirAsia.
sambil kumpul energy untuk jalan-jalan.
 
Cantik kan?
Inilah Singapore Flyer
Singapore Flyer is the world’s largest observation wheel okay!
Bangunan-bangunan semua tinggi & nampak segak berdiri :)
Inilah dia bangunan yang bagi aku sangat sempoii
ape ntah nama dia.. mm... Sky Park kot
tapi memang aku kagum laa tengok.
Ahaa!!! ni lah dia Singa itu
Singa apa? Singa pore.. hahaa
Singapore ni kan memang tak dinafikan ada keunikan & tarikan untuk sesiapa saja untuk pi S'pore.
Bagi aku lah kan.. S'pore ni sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan negara lain TAPII ia sangat mudah okay. Nak jalan kemana-mana pun mudah & feel selamat jek.
Dan yang paling penting KEBERSIHAN. memang bersih okay!
 
Next entry - Singapore 2
 

Monday, December 3, 2012

December 2012

annyeonghaseyo! (Hello)
hangukmal hal jul ani? (Do you speak Korean?)
eung, jogeum (Yes, a little)
:-)
;)
 
So, apa korang buat last weekend?
Pergi bercuti?
or siapkan homework, if any?
or mungkin jugak buat kerja part time maybe?
 
Well
Last week aku lepak Gurney
tengok movies
makan ice cream
tengok citer adam & hawa
 
tu je kot....

Monday, November 26, 2012

Break A.W.A.Y

Masa untuk berehat-rehat sambil tenangkan M.I.N.D.A!
Away from 23/11 to 27/11.
Cuti-cuti M.A.L.A.Y.S.I.A
 
 
 


Wednesday, November 21, 2012

Holiday

Salam sejahtera!
This year nampaknya belum nampak lagi aku nak kemana-mana for holiday.
BUT this Friday secara confirmnya aku akan berangkat ke tanah LANGKAWI.
Ahaaa, langkawi here I some again and again... :)
Dan pastinya aku akan mengikuti rombongan seramai errr.. agak-agak satu bas jugaklah.
Apa yang menariknya kat Langkawi? Kalau tanya aku, mestilah jawapannya takde benda pun yang menariknya kat Langkawi tu. Tapi aku suka pi sana sebab chocolate. Hah! boleh ke jawapan macam tu? Alahh, lantaklah. jawapan skema aku tu.
 
Cakap pasal chocolate, that day aku dinner di Victoria station. Lepas belasah ayam ntah apa namanya then we all order chocolate cake. Sedapp.
 
Aku & my family kat VS (Victoria Station yea bukannya Victoria Secret untuk brazilla tu)
Harap maaf.
Till then, take care.
Dahlah aku kena selsema ni...

Monday, November 19, 2012

Luv NY

Haiiiii!
Alkisahnya semalam pi QB Mall
from 5.30pm till 10.00pm
Hujan lebat time on the way ke QB.
Aku ke QB bukannya apa SEBABnya adalah untuk beli buku
yerlahkan cuti sekolah, revision kena jugak buat
so aku pau lah buku-buku yang patut :)
sementara tunggu nak ambik my papa kat airport.
 
 
Dengar sini orang-orang kampung!
Siapa yang nak pi NY a.k.a New York for free
silalah bershopping di QB yea.
Peluang anda cerah untuk memenangi 2 tiket ke New York.
Nak menang?
Mudah je.. Spend RM100 dalam satu resit maka anda layak untuk
WE LOVE NY Contest.
Till then, GOOD LUCK yea.

Sunday, November 18, 2012

Wedding Kak Finas & Abg Safuan - 17112012

Assalamualaikum
Since dah lama aku dah update blog kan
so harini aku terlebih rajin dengan mengUPDATE 2 kali serentak.
Ambik kau.
Hari Sabtu lepas, aku & family pi kenduri Kak Safinas & Safuan (Double S)
Theme colour : Pink & peach
Satu combination colour yang sweet sangat.
Layan je picture-picture kat bawah ni
 
Baju pun kenalah ikut "theme" kan :-)
 
Aksi-aksi orang pi kenduri :-)
 
Haruslah snap sana sini
 
Picture tuan tanah perlulah banyak kan..
huhu..
 
Finally pengantin nye
Sangat padan bagaikan pinang dibelah dua.
Tahniah buat kak Finas & Abg Safuan.
Semoga bahagia sehingga ke anak cucu..
Amin!

Auntie Jenny bertunang

Oh Yeah cuti sekolah dah bermula!
Happy gila!
Dapat relax lebih dari sebulan.
And the best part is - dapat pergi jalan-jalan, lepak sana lepak sini.
Bila dah start cuti sekolah, kenduri kendara pun banyak
Baru-baru ni bertarikh 10/11/12
aku gerak ke Kedah - Auntie Jenny bertunang.
 
Selamat Bertunang.
 
Bertemakan kuning & orange
 
Wajah-wajah gembira orang bertunang
 
The HANTARAN from pihak perempuan
Aku terlupa nak snap hantaran from pihak lelaki.
 
Wajah gembira orang yang sibuk memeriahkan majlis pertunangan orang
 

Aku sebagai pembuli! huhu
 
 
Hari tu hujan lebat gilos. Kami gerak balik dalam pukul 5.30pm. On the way back, kat highway punyalah gelap dengan hujannya, kereta pun banyak.
Nasib baik bukan aku yang drive.
Pandu cermat jiwa selamat.